suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurgen Klopp Berminat Dapatkan Gabriel Mercado

Gabriel Mercado (kiri)

LIVERPOOL berhasrat mendapatkan pertahanan Argentina, Gabriel Mercado selepas pemain itu beraksi cemerlang dalam saingan Copa America.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dilapor menonton perlawanan Argentina menentang Chile pada Selasa dan teruja dengan aksi pemain berusia 29 tahun berkenaan.

Kehadiran Klopp pada perlawanan itu turut menimbulkan pelbagai spekulasi kerana dia kelihatan duduk bersama abang Gonzalo Higuain.

Dailymail melaporkan Klopp hadir menyaksikan perlawanan tersebut selepas pulang daripada bercuti di California.

Mercado, memulakan kariernya di Racing Club sebelum menyertai  Estudiantes dan River Plate, posisinya ialah pertahanan kanan.

Bagaimanapun, dia juga selesa beraksi sebagai pertahanan tengah dan pemain tengah pertahanan.

Artikel Lain