suria

Messi Terlepas Aksi Pembukaan Copa America

SANTA CLARA: Kapten Argentina, Lionel Messi diketepikan daripada kesebelasan utama pasukannya untuk perlawanan pembukaan Copa America menentang Chile di sini, Isnin.

Messi yang mengalami kecederaan belakang ketika perlawanan persahabatan menentang Honduras baru-baru ini digantikan dengan Nicolas Gaitan di bahagian serangan.

Ia adalah kali pertama Messi tidak dinamakan dalam kesebelasan utama Argentina untuk berhadapan kejohanan utama sejak beliau ditinggalkan di bangku simpanan ketika aksi Copa Amerika menentang Venezuela pada 2007.

Selain itu terdapat beberapa kejutan di tempat lain dalam senarai kesebelasan utama pasukan Argentina apabila ia turut membariskan Gonzalo Higuain serta Angel Di Maria.

Bintang Atletico Madrid, Augusto Fernandez turut membarisi kesebelasan utama selepas Erik Lamela berdepan kecederaan. AFP

Lionel Messi, Copa America

Artikel Lain