suria

Malaysia Layak Ke Pusingan Ketiga Selepas Benam Timor Leste

Pemain Malaysia, Khair bersaing merebut bola dengan pemain Timor Leste, Nelson Viegas pada perlawanan kalah mati kedua kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. -fotoBERNAMA

JOHOR BARU: Malaysia mengesahkan slot ke saingan kumpulan pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2019 selepas menewaskan Timor Leste 3-0 dalam aksi kedua perlawanan playoff di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dekat sini, Isnin malam.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu mara ke peringkat akhir kelayakan Piala Asia dengan agregat 6-0 selepas mencatatkan keputusan sama pada aksi pertama di venue sama, Khamis lepas.

Pemain Melaka, Khair Jones melakarkan nama pada penampilan pertama bersama Harimau Malaysia apabila membuka tirai jaringan dengan rembatan menerjah jaring gawang lawan pada minit ke-15.

Pada babak kedua, Malaysia menambah jaringan menerusi Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-57 sebelum pemain gantian, S. Chantru menutup tirai jaringan pada minit ke-67.

Pusingan kelayakan terkhir Piala Asia 2019 dijangka berlangsung pada 28 Mac tahun depan.

Piala Asia 2019

Artikel Lain