suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yew Sin-Ee Yi Juarai Cabaran Antarabangsa Vietnam

KUALA LUMPUR: Beregu muda negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjuarai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Vietnam selepas mengalahkan beregu Jepun pada aksi final di Stadium Tertutup Cau Ciay, Hanoi pada Ahad.

Beregu negara, selaku pilihan kelima kejohanan, mengambil masa 36 minit untuk mengatasi beregu bukan pilihan, Kenya Mitsuhashi-Yuta Watanabe 21-19, 21-14.

Ia merupakan gelaran ketiga selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Portugal dan Cabaran Antarabangsa Romania, Mac lepas, selepas kedua-dua pemain itu digandingkan pada November tahun lepas.

Beregu tersebut merupakan wakil tunggal negara dalam acara final selepas pemain perseorangan lelaki, Mohamad Arif Abdul Latif dan beregu wanita Amelia Alicia Anscelly-Teoh Mei Xing tersingkir di peringkat separuh akhir pada Sabtu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain