suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Santo Pengurus Baharu Porto

Nuno Espirito Santo.

NUNO Espirito Santo dinamakan sebagai pengurus baharu Porto, awal pagi Khamis hanya dua hari selepas pemecatan Jose Peseiro.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Porto, bekas penjaga gol Portugal berusia 42 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun.

Nuno, yang pernah beraksi untuk Porto, menamatkan karier sebagai pemain pada 2010 sebelum menimba pengalaman pertamanya sebagai jurulatih di Rio Ave dua tahun kemudian.

Dia juga pernah menjadi jurulatih Valencia di Sepanyol lebih daripada tempoh setahun.

Peseiro yang dipecat Selasa lalu, mula mengambil alih Porto pada Januari lalu berikutan pemecatan pengendali dari Sepanyol Julen Lopetegui.

Namun Porto hanya menamatkan kempen liga musim lalu di tempat ketiga dan ditundukkan oleh Sporting Braga pada pentas akhir Piala Portugal.

Bagi sebuah kelab yang pernah memenangi sembilan gelaran antara 2003 hingga 2013, kekalahan itu dianggap sebagai satu kegagalan besar.

Akibatnya Porto sebulat suara bersetuju untuk memecat Peseiro.


Nuno Espirito Santo, Porto

Artikel Berikut

Artikel Lain