suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Louis Van Gaal Ditemui Di Portugal

LOUIS van Gaal yang dipecat Manchester United selepas menjuarai Piala FA minggu lalu ditemui sedang bercuti di Portugal.

Jurulatih kelahiran Belanda itu dilapor meninggalkan Manchester selepas dipecat sebelum dilihat bersama isterinya di Algarve.

Bekas ketua jurulatih United itu kelihatan tenang menginap di kelab golf mewah, Vale de Lobo bersama Truus.

Meskipun berstatuskan jurulatih dipecat namun Van Gaal mempunyai sejarah terbaik dalam dunia bola sepak ketika membimbing Bercelona, Bayern Munich dan skuad Belanda.

Bagaimanapun ketika berada di United, Van Gaal telah dipecat selepas 48 jam menjuarai Piala FA kerana prestasi tidak memuaskan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan gagal ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Kekosongan yang ditinggalkan Van Gaal telah digantikan oleh Jose Mourinho yang merupakan penolongnya ketika di Barcelona.

Manchester United

Artikel Lain