suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Mahukan Karim Benzema, Saul Niguez Dan Pierre-Emerick Aubameyang

Woodward berada di Milan untuk bertemu ejen pemain yang dikehendaki Mourinho.

JOSE Mourinho dijangka menghangatkan lagi berita pelantikan beliau sebagai pengurus Manchester United dengan mengumumkan kehadiran penyerang baru pada minggu ini.

Dailymail melaporkan, selain melanjutkan kontrak pemain mudanya, Marcus Rashford, United bakal mengumumkan berita baik mengenai kehadiran penyerang bertaraf bintang.

Ketua Eksekutif United, Ed Woodward didakwa berada di Milan pada Sabtu untuk menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah selain bertemu ejen pemain Real Madrid dan Atletico Madrid.

United dilapor mahu mendapatkan penyerang Real, Karim Benzema dan Saul Niguez dari Atletico.

Selain itu, Mourinho juga mahu mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang yang merupakan penyerang Borussia Dortmund.

Antara yang didakwa hampir pasti menyertai United pula ialah Zlatan Ibrahimovic apabila rundingan mengenai gaji berjumlah £220,000 seminggu sedang dilakukan dengan ejen pemain berusia 34 tahun itu.



Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain