suria

Virus Zika: WHO Tolak Gesaan Tangguh Sukan Olimpik

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menolak gesaan agar menangguhkan atau pindah Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil Ogos ini berikutan krisis virus Zika. 

Jelas mereka, ia mungkin tidak akan mengubah cara penyebaran virus yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

Dalam surat terbuka kepada WHO, lebih seratus saintis mendesak temasya Sukan Olimpik dipindah atau ditangguhkan susulan penularan virus Zika.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada 150 saintis, doktor dan ahli etika perubatan dari institusi termasuk Universiti Oxford, Yale dan Harvard di Amerika Syarikat.

Menurut mereka, kegagalan melaksanakan program membanteras nyamuk di negara itu, serta sistem kesihatan yang lemah, menjadi asas supaya Olimpik ditangguhkan.

Mereka berpendapat, jika Olimpik diteruskan, ia bakal menjadi krisis kesihatan umum.

Kumpulan itu juga mendesak WHO mengkaji semula garis panduan pengendalian Zika, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran.

Penularan virus yang disebar menerusi nyamuk itu bermula di Brazil setahun yang lalu dan sehingga kini, lebih 60 negara dilaporkan mencatat penularan Zika.

Artikel Berikut

Artikel Lain