suria

Skuasy: Nafiizwan Bergelar Juara Selepas 11 Bulan

KUALA LUMPUR: Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mengakhiri kemarau gelaran selama 11 bulan apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Antarabangsa Hong Kong Football Club (HKFC) di Hong Kong, Sabtu.

Pemain, yang berpangkalan di Manchester, England, itu merangkul gelaran itu dalam percubaan keempat selepas mengalahkan pemain New Zealand, Paul Coll 11-6,11-8, 11-8 dalam final.

Mohd Nafiizwan kali terakhir merangkul kejuaraan pada Kejohanan KlasikAntarabangsa New Zeland, Jun tahun lepas.

Selepas perlawanan selama 51 minit itu, beliau dipetik oleh laman webwww.squashsite.co.uk sebagai berkata beliau gembira untuk menang kejohanan itu selepas layak ke separuh akhir pada edisi 2013 dan suku akhir pada 2014 dan 2015.

Dalam kategori wanita, pilihan utama Joelle Kong dari New Zealand merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas menundukkan pemain India, Joshna Chinappa 11-9, 11-9, 9-11, 11-9. -Bernama

Nafiizwan Adnan, Skuasy, Hong Kong

Artikel Lain