suria

Mourinho Mahu Man United Lupa Kisah Moyes Dan Van Gaal

JOSE Mourinho memberitahu Manchester United untuk melupakan tiga tahun 'menyakitkan' sebelum ini kerana dia akan membawa pulang semula kegemilangan ke Old Trafford.

Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata demikian selepas diumum sebagai jurulatih United dengan kontrak selama tiga tahun bernilai £45 juta.

Bekas jurulatih Chelsea berkenaan menggantikan Louis van Gaal yang dipecat berikutan kemerosotan prestasi kelab tersebut.

Mourinho, 53, mahu pengurusan kelab dan penyokong United memadam memori yang dicipta David Moyes dan Van Gaal sejak tiga tahun lalu kerana dia akan membawa semula kegemilangan yang ditinggalkan Alex Ferguson.

"Kita boleh melihat United dari dua perspektif. Perspektif pertama ialah tiga tahun sebelum ini dan perspektif kedua ialah sejarah kelab ini.

"Saya memilih untuk melupakan tiga tahun sebelum ini. Saya mahu memberi fokus terhadap kelab gergasi ini yang dipegang ketika ini. Apa yang sedang saya fikir sekarang ialah penyokong ingin saya di sini untuk menang.

"Saya rasa apa yang pemain ingin dengar ialah 'saya ingin menang' dan lebih dari itu. Saya mahu pemain dan penyokong merasakan kita akan sentiasa menang," jelasnya.

Pencapaian Man United sebelum dan selepas era Alex Ferguson

2010-11: Juara Liga Perdana Inggeris.

2011-12: Naib juara Liga Perdana Inggeris.

2012-13: Juara Liga Perdana Inggeris.

2013: Alex Ferguson bersara.

2013-14: Menamatkan liga di kedudukan ketujuh.

2015-16: Menamatkan liga di kedudukan keempat.

2016-17: Menamatkan liga di kedudukan kelima, juara Piala FA.

Manchester United

Artikel Lain