suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rashford Jaring Gol Dalam Penampilan Sulung Bersama England

Marcus Rashford. Foto Reuters

PENYERANG England, Marcus Rashford begitu mudah menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya bersama skuad kebangsaan itu ketika menentang Australia.

Gol pertama Rashford itu membantu memberi kemenangan buat England dengan 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Sunderland, England pada awal pagi Sabtu.

Tendangan pertama Rashford pada Liga Perdana Inggeris memberikan gol. Kemunculan pertamanya dalam Liga Europa meraih dua gol.

Dan perlawanan persahabatan antarabangsa di Sunderland pula menyaksikan beliau meraih gol pertama.

Lebih menarik apabila gol pertama itu diraih hanya 138 saat sebaik sebaik sahaja perlawanan bermula.

Rekod itu menjadikan beliau sebagai pemain termuda bagi pasukan Three Lions yang menjaringkan gol dalam perlawanan sulung.

Satu lagi gol England dihasilkan oleh pemain Wayne Rooney pada minit ke-55.




Marcus Rashford

Artikel Lain