suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Xhaka Sah Milik Arsenal

Granit Xhaka.

ARSENAL melengkapkan perpindahan Granit Xhaka dari Borussia Monchengladbach pada Rabu dengan tawaran kontrak bagi tempoh jangka masa panjang.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web Arsenal.com.

Nilai perpindahan Xhaka dirahsiakan tetapi ia dianggarkan bernilai sekitar 30 juta pound.

Xhaka merupakan pemain ketiga dengan nilai perpindahan tertinggi dalam sejarah Arsenal selepas Mesut Ozil dan Alexis Sanchez.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 102 penampilan bersama kelab Bundesliga itu dan beraksi dalam 40 perlawanan bersama Switzerland.

"Saya amat berbangga kerana menyertai Arsenal. Saya tidak sabar untuk berpindah ke London dan mewakili kelab istimewa dan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

"Saya akan cuba melakukan apa sahaja untuk membantu Arsenal menjulang trofi dan menggembirakan penyokong," katanya.

Granit Xhaka, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain