suria

Jose Mourinho Dilantik Jurulatih Man United Pada Selasa

Mourinho tiba untuk meneliti kontrak di London.

KHABAR angin mengenai jawatan ketua jurulatih Manchester United yang disandang Louis Van Gaal 'bertiup kencang' apabila Jose Mourinho dilapor akan mengambil posisi tersebut dalam tempoh 72 jam.

Malah ia turut menjadi tajuk utama media sukan England ketika ini selepas United berjaya menjuarai Piala FA pada awal pagi Ahad.

Dailymail melaporkan Mourinho menerima bayaran sebanyak £4 juta daripada United untuk tidak menjadi jurulatih bagi musuh kelab berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Perjanjian itu dilapor telah dicapai pada pertengahaan musim ini selepas kelab tersebut ingin mendapatkan khidmatnya bagi  menggantikan Van Gaal.

Bagaimanapun bekas jurulatih Chelsea itu dikatakan enggan menerima klausa berkenaan sikap bernilai £75 juta berikutan pimpinan tertinggi United bimbang Mourinho terus mewujudkan masalah dengan egonya.

Mirror pula melaporkan, Jose Mourinho akan diberi sebanyak £200 juta untuk mendapatkan pemain baharu selepas dilantik sebagai jurulatih United dalam tempoh terdekat.

Dalam laporan Metro.co, Zlatan Ibrahimovic dipercayai akan dilantik sebagai penolong Mourinho pada musim depan.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu merupakan pemain bebas ejen selepas kontraknya bersama PSG tamat pada akhir musim ini.

Dakwa Metro lagi, ejen Mourinho, Jorge Mendes telah meninggalkan China untuk ke London bagi meneliti perjanjian akhir sebelum ia ditandatangani pada Selasa.

Laporan itu mendakwa, Mourinho akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bernilai £30 juta untuk menggantikan Van Gaal yang berjaya memenangi Piala FA.

Jurulatih kelahiran Belanda yang mempunyai baki kontrak selama semusim lagi itu akan dipecat untuk memberi laluan kepada Mourinho.

Artikel Berikut

Artikel Lain