suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Final UCL: Bale Jadikan Gol Zidane Sumber Inspirasi

GARETH Bale menjadi Ketua Jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane sebagai inspirasi untuk mencipta kejayaan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Milan pada minggu depan.

Bintang kelahiran Wales itu mensasarkan untuk memenangi Piala UCL untuk kali kedua ketika menentang Atletico Madrid.

Dalam aksi 2014, Bale berjaya menjaringkan gol penting untuk membantu pasukannya menjuarai UCL.

Berikutan itu, pemain bernilai £86 juta itu mahu memastikan Real Madrid sekali lagi menjadi juara.

Bale juga mahu menjadi gol Zidane pada 2002 ketika menewaskan Bayern Leverkusen sebagai inspirasi dalam perlawanan tersebut nanti.

"Kenangan dalam UCL yang tidak pernah saya lupa ialah ketika Zidane membuat volley untuk menewaskan Leverkusen.

"Saya penyokong Real Madrid sejak kecil, jadi untuk menang UCL dengan gol seperti itu adalah sesuatu yang istimewa," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain