suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Pertahan Juara Copa Del Rey

Pasukan FC Barcelona bergambar bersama trofi kemenangan selepas perlawanan akhir Copa Del Rey menentang Sevilla FC di Stadium Vicente Calderon di Madrid pada Ahad. Foto AP

BINTANG FC Barcelona, Lionel Messi menjadi faktor kemenangan 2-0 buat pasukan itu ke atas Sevilla FC pada perlawanan akhir Copa Del Rey di Stadium Vicente Calderon, Madrid pada Ahad.

Dua umpan matang Messi memudahkan Jordi Alba dan Neymar menjaringkan gol, masing-masing pada minit 97' dan 210'.

Namun jika hendak diikutkan, Sevilla sebenarnya tampil lebih dominan berbanding Barcelona dalam penguasaan bola.

Bagaimanapun, Alba dan Neymar memanfaatkan umpan daripada Messi.

Kemenangan Barcelona mempertahankan kejuaraan Copa Del Rey pada musim lalu dan merangkul gelaran itu paling banyak. 

Setakat ini, Barcelona meraih 28 gelaran Copa Del Rey.

Artikel Berikut

Artikel Lain