suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal Atasi Perasaan Gemuruh Punca Kalah - Klopp

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya gagal menangani perasaan gemuruh dan hilang kepercayaan terhadap corak permainan selepas tewas 3-1 kepada Sevilla pada aksi final Liga Europa, awal pagi Khamis.

Ia merupakan kegagalan kelima Klopp pada aksi final meskipun Daniel Sturridge menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35.

Namun Sevilla bangkit menyamakan kedudukan seminit selepas babak kedua bermula menerusi jaringan Kevin Gameiro.

Sevilla terus mengukuhkan cengkaman menerusi jaringan Coke pada minit ke-64 dan 70 sekali gus mengekalkan trofi kejuaraan Eropah itu menjadi milik pasukan tersebut buat kali ketiga berturut-turut.

"Kami memperoleh peluang menjaringkan gol pada babak pertama. Kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama amat baik.

"Gol pertama bukan masalah tapi masalahnya adalah apa yang berlaku selepas itu.

"Kami hilang kepercayaan terhadap gaya permainan kami pada babak kedua. Ia masih tidak mencukupi pada aksi final. Kami gemuruh dan tidak bertahan dengan baik," katanya.

Kekalahan itu bermakna Liverpool tidak akan beraksi di pentas Eropah musim depan selepas menamatkan saingan di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris.

"Kami perlu menggunakan pengalaman ini secepat yang mungkin. Namun aksi malam ini amat mengecewakan," kata Klopp.

Klopp yang mengambil alih tugas sebagai pengendali Liverpool tahun lalu mengakui dia turut bertanggungjawab di atas kekalahan itu.

"Malam ini kami gagal mencapai prestasi terbaik kami, tugas saya adalah untuk membantu pemain dan melihat peluang kami dan bukannya merasa terlalu tertekan.

"Saya juga bertanggungjawab. Kami bertanggungjawab kerana tidak akan beraksi di pentas Eropah tahun depan. Saya berjanji kepada penyokong bahawa kami akan bangkit dengan lebih kuat, 100 peratus," katanya.

Jurgen Klopp, Liverpool, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Lain