suria

Aston Villa Sahkan Penjualan Kelab Kepada Ahli Perniagaan China

Lerner (dua kiri) melepaskan pasukan Aston Villa kepada ahli perniagaan China.

PEMILIK Aston Villa, Randy Lerner telah menjual pasukan bola sepak itu kepada seorang ahli perniagaan China.

Perkara itu disahkan kelab tersebut pada awal pagi Khamis.

Lerner melepaskan Villa selepas pasukan itu tersingkir pada saingan Liga Perdana Inggeris apabila menduduki tangga tercorot liga musim ini.

Dr Tony Jiantong Xia, pemilik Kumpulan Recon dilaporkan sedang memuktamadkan pembelian itu bergantung kepada kelulusan Liga Bola Sepak dan Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu kenyataan di laman webnya, Villa turut berkata mereka akan mengumumkan pengurus baharu dalam masa terdekat.

Bekas pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo dilaporkan sebagai calon utama untuk menggalas tangggungjawab itu.

Ini berikutan timbul khabar angin bahawa wakil pengurus kelahiran Itali itu sudah dihubungi Villa untuk menawarkan jawatan tersebut kepada Di Matteo.

"Randy Lerner telah mencari pemilik baharu yang tepat untuk Aston Villa yang akan menjaga dan memulihkan pasukan tersebut. Beliau pecaya Tony Xia merupakan pilihan terbaik," demikian menurut kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Villa menegaskan Dr Xia mahu menjadikan Aston Villa sebuah pasukan bola sepak yang popular di China dengan bilangan penyokong yang ramai.

Villa akan beraksi pada Liga Kejuaraan musim depan selepas menamatkan saingan musim ini di tangga tercorot liga dengan hanya menang tiga perlawanan.

Aston Villa, ahli perniagaan, China

Artikel Lain