suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jutawan China Janji Kembalikan Aston Villa Ke EPL

PEMILIK baharu Aston Villa berjanji untuk kembalikan kelab itu ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mengubati kekecewaan penyokongnya dari seluruh dunia.

Ahli perniagaan dari China itu, Dr Tony Jiantong Xia telah membelanjakan sebanyak £60 juta untuk mengambil alih kelab yang terkeluar dari EPL beberapa hari lalu.

Aston Villa pada musim ini dikendalikan oleh empat jurulatih iaitu Tim Sherwood, Kevin MacDonald, Remi Garde dan Eric Black.

Bagaimanapun kelab tersebut hanya mampu menang dalam tiga perlawanan sahaja.

Xia selain itu turut berhajat untuk membawa kelab itu sebagai juara Piala Eropah seperti yang pernah dimenangi pada 1982.

Berikutan itu, Roberto Di Matteo yang berjaya membawa West Brom ke EPL pada 2010 dijangka akan dilantik sebagai jurulatih baharu.

Skuad tersebut juga akan melalui rombakan besar-besaran untuk memulihkan kembali imejnya.


Aston Villa

Artikel Lain