Bayern Mahu Tutup Musim Bersama Guardiola Dengan Satu Lagi Gelaran Juara - Sukan | mStar

Bayern Mahu Tutup Musim Bersama Guardiola Dengan Satu Lagi Gelaran Juara

BAYERN Munich sudah memastikan gelaran juara Bundesliga musim ini, tetapi bagi kelab ini perjuangan mereka belum berakhir kerana terdapat satu lagi gelaran juara yang dikejar.

Bayern menutup musimnya di Bundesliga 2015/16 dengan kemenangan 3-1 atas Hannover menerusi gol oleh pemain Robert Lewandowski dan Mario Goetze (dua gol) di Allianz Arena, Sabtu.

Kemenangan di kandang sendiri ini merupakan penutup yang 'manis' untuk Die Roten yang sebenarnya sudah memastikan gelaran juara minggu lalu.

Apatah lagi musim ini menjadi musim terakhir bagi jurulatih Guardiola di Bundesliga sebelum berhijrah ke Manchester City.

Bagaimanapun masih terdapat satu lagi perlawanan yang harus disempurnakan Bayern musim ini iaitu final DFB-Pokal 21 Mei ini di mana Bayern akan berdepan Dortmund.

Perlawanan itu juga akan menjadi saat perpisahan terakhir kelab itu dengan Guardiola.

"Sememangnya hari ini merupakan sebuah hari yang indah. Perlawanan sebelum ini biasanya membuatkan saya tidak senang duduk, tetapi kali ini tahap fokus tidak lagi terlalu tinggi. 

"Keseluruhannya ia satu perlawanan yang bagus, Hannover bermain dengan baik," kata Guardiola di FCBayern.de.

"Saya puas hati, pujian buat pasukan ini. Malam ini kami akan merayakan dan kemudian esok dengan penyokong di Marienplatz. Kemudian kami akan mulakan persiapan untuk final menentang Dortmund," katanya.

juara Bundesliga , DFB-Pokal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain