suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairul Idham Raih Tempat Ke-14, Kutip Dua Mata

Khairul Idham Pawi.

KUALA LUMPUR: Penunggang Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menamatkan aksinya di tempat ke-14 selepas mencatatkan 41 minit 44.948 saat di perlumbaan 24 pusingan Grand Prix Perancis di Litar Le Mans, pada Ahad.

Khairul Idham yang memulakan perlumbaan di petak kesembilan bermula dengan baik untuk memastikan dua mata kejohanan mampu dikutipnya.

Beliau yang turut dikenali sebagai Super KIP kini menduduki tangga kesembilan keseluruhan dengan 29 mata selepas mengharungi lima perlumbaan.

"Saya bermula dengan baik dan dapat kekal bersama kelompok pendahulu di beberapa pusingan awal. Selepas ini, saya dapati ada masalah di bahagian belakang jentera.

"Ini menyebabkan saya terpaksa bertungkus lumus mengawal motosikal, menyebabkan saya tidak mampu mengejar.

"Namun, ia cukup baik kerana masih mampu mendapatkan mata kejohanan dan saya harap dapat melakukan yang lebih baik dalam perlumbaan seterusnya di Litar Mugello, Itali," kata pelumba Honda Team Asia itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukannya.

Rakan sepasukannya, Hiroki Ono dari Jepun terpaksa menghentikan aksi di pusingan ke-16 akibat kemalangan. - BERNAMA

Khairul Idham Pawi, Moto3

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain