suria

Herrera Mahu Rencatkan Sambutan West Ham

PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera mahu memastikan West Ham tidak gembira dalam perlawanan akhir mereka di Stadium Boleyn Ground pada Selasa.

West Ham dijangka akan meraikan perlawanan terakhir mereka di Boleyn Ground sebelum berpindah ke stadium baharu iaitu Stadium Olimpik pada musim depan.

Ia akan diadakan selepas perlawanan menentang United pada Selasa.

Berikutan itu, Herrera mahu pastikan kemenangan berpihak kepada United sebagai usaha meletakkan skuad berkenaan di kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

"Harap mereka tidak gembira dengan perlawanan akhir ini kerana kami sedang berusaha untuk ke kedudukan keempat lig.

"Kami tahu ianya istimewa buat penyokong West Ham, tapi kami juga perlu yang istimewa buat pengikut United," katanya.

Boleyn Ground yang digunakan sejak 1904 tidak akan digunakan lagi oleh West Ham.

Artikel Lain