suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jutawan Arab Bakal Beli Liverpool

Sheikh Khalifa dilapor berminat untuk membeli Liverpool

LIVERPOOL bakal menjadi kelab bola sepak terbaharu milik jutawan Arab menerusi pembelian bernilai £700 juta.

Walaupun kelab itu berada dalam keadaan stabil dibawah milikan John W. Henry dan syarikat barangan sukan dari Amerika Syarikat, Fenway Sports Group, namun tidak mustahil berlaku pemindahan hak milik secara besar-besaran.

Rekod setakat ini menunjukkan kelab-kelab yang dimiliki jutawan Arab mempunyai dana yang mencukupi yang mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Antaranya ialah, Manchester City yang dimiliki oleh Sheikh Mansour - kerabat raja dari Abu Dhabi.

Berikutan itu, saudara Sheikh Mansour iaitu Sheikh Khalifa yang kini merupakan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilapor sediakan membelanjakan sebanyak £30 bilion untuk mendapatkan Liverpool.

Liverpool, UAE

Artikel Lain