suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gol Muller Hantar Bayern Ke Final Piala Jerman

-fotoREUTERS
THOMAS Muller menjadi wira kepada Bayern Munich apabila dua golnya menghantar pasukannya itu ke final Piala Jerman (DFB- Pokal).

Pasukan Die Roten itu mengalahkan Werder Bremen 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena, Munich, awal pagi Rabu.

Dengan keputusan ini, Bayern kini menunggu lawannya yang merupakan pemenang perlawanan antara Hertha BSC dan Borussia Dortmund.

Gol Bayern diperolehi pada minit ke-30 menerusi tandukan Muller sebelum dihadiahkan penalti pada minit ke-71 yang turut disempurnakan pemain yang sama.

Bayern dihadiahkan penalti selepas pengadil menganggap Arturo Vidal dijatuhkan oleh Janek Sternberg.

Bagaimanapun, tayangan semula menunjukkan dua pemain tersebut tidak 'berhubung' antara satu sama lain dan Vidal dilihat melakukan 'diving'.

Babak final akan berlangsung di Stadium Olympia, Berlin, pada 21 Mei ini.
THOMAS Muller, DFB- Pokal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain