suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seri Dengan Newcastle, Man City Gagal Lebar Jurang Dengan Arsenal

Vurnon Anita
MANCHESTER City gagal mencatat kemenangan ketika berkunjung ke markas Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, di St James' Park, awal pagi Rabu.

Walaupun berjaya memimpin terlebih dahulu pada babak pertama melalui gol oleh Sergio Aguero, City harus akur apabila pulang dengan satu mata setelah diikat Newcastle dengan mata 1-1.

Gol penyamaan Newcastle dicatatkan oleh Vurnon Anita, juga pada babak pertama perlawanan.


Dengan satu mata yang dipungut melalui perlawanan ini, City gagal merapatkan jurang dengan Leicester City yang berada di puncak liga dengan 73 mata dan Tottenham yang berada di kedudukan kedua dengan 68 mata.

Malah, kedudukan City di tempat ketiga (61) dikejar rapat oleh  Arsenal dengan perbezaan satu mata sahaja.

Sementara itu Newcastle masih terdampar di zon penyingkiran pada kedudukan ke-19 dengan 29 mata.

Pasukan ini kekurangan dua mata untuk mengejar Norwich City di posisi ke-17 dengan 31 mata yang merupakan zon selamat.
EPL, Sergio Aguero, Vurnon Anita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain