suria

Atlet Angkat Berat Sukma Kedah Mohon Pelepasan Wakili Negeri Lain

ALOR SETAR: Dirundung isu kelewatan pembayaran elaun sejak tahun lepas, menyebabkan atlet angkat berat Kedah Nurul Erzuwanie Che Kamarulzaman, 20, memohon pelepasan untuk mewakili negeri lain dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak Julai nanti.

Nurul Erzuwanie yang aktif dalam sukan angkat berat sejak 2013, berkata dia terpaksa mengambil keputusan itu, selepas dua tahun bersabar menantikan bayaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) Kedah.

Katanya, bagi membolehkannya mewakili negeri lain, kelulusan daripada MSN Kedah perlu diperoleh, dan sekiranya permohonannya tidak diluluskan, dia terpaksa mengundurkan diri.

"Saya dimaklumkan nama saya disenaraikan untuk mewakili Kedah pada Sukma kali ini tetapi saya sudah tawar hati dan terkilan dengan layanan yang diberikan. Selain itu, hubungan antara saya dan jurulatih juga mengalami sedikit masalah yang berpunca daripada isu elaun ini.

"Macam mana saya nak fokus dalam latihan sekiranya fikiran terganggu dengan masalah ini jadi saya mohon supaya MSN Kedah memberi pelepasan bagi membolehkan saya mewakili negeri lain," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Nurul Erzuwanie berharap MSN Kedah dapat memberi pelepasan secepat mungkin kerana tarikh tutup penyertaan Sukma adalah pada 24 April.

Beliau berkata elaun itu bermula bulan Julai tahun lalu dan sepatutnya dia menerima RM500 sebulan melalui Skim Kecemerlangan yangdiberikan kepada atlet yang menang pingat emas, namun sehingga sekarang diahanya menerima elaun sebanyak RM1,450. 

"Saya terpaksa tekankan isu ini kerana elaun tersebut saya hendak gunakan untuk membeli kasut dan barangan keperluan untuk menjalani latihan. Sepanjang berlatih saya terpaksa menggunakan kasut koyak dan ini membuatkan saya tidak selesa dan hilang fokus ketika berlatih," katanya.

"Ibu, Normah Mat Desa, 48, terpaksa keluarkan duit sendiri kerana setiap bulan lebih RM1,000 diperlukan bagi membeli protein, duit minyak kereta kerana setiap hari ibu akan menghantar saya menjalani latihan di sekitar Alor Setar," katanya.   

Dia berharap cita-citanya tercapai untuk memecah rekod angkat berat Sukmadengan angkatan sehingga 85 kilogram.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain