suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harry Kane, Dele Alli Bantu Tottenham Rapatkan Jurang Dengan Leicester

HARRY Kane dan Dele Alli masing-masing menjaringkan dua gol bagi menundukkan Stoke City 4-0 sekaligus berjaya merapatkan jurang Tottenham dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester kepada lima mata.

Prestasi cemerlang Tottenham juga dilihat sebagai tindak balas kepada keputusan seri 2-2 ketika Leicester City menentang West Ham United pada Ahad.

Menerusi perlawanan pada Selasa, Kane memberikan gol pembukaan pada minit kesembilan.

Bagaimanapun kerancakan aksi yang ditunjukkan Tottenham mula dipamerkan pada separuh masa kedua.

Alli, pemain berusia 20 tahun kemudiannya berjaya melepasi penjaga gol berusia 39 tahun, Shay Given untuk menggandakan jaringan Tottenham pada minit ke-67.

Beliau bagaimanapun kemudiannya terlepas peluang terbuka.

Kegembiraan pasukan Tottenham diteruskan apabila Kane sekali lagi menyumbat gol pada minit ke-71 diikuti dengan jaringan penamat oleh Alli bagi melengkapkan kekalahan teruk Stoke musim ini.

Artikel Lain