suria

Aston Villa Tersingkir, Tewas 0-1 Kepada Man United

Marcus Rashford selepas menjaringkan gol dalam perlawanan antara Manchester United dan Aston Villa di Old Trafford, malam Sabtu. Foto Reuters

ASTON Villa tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris selepas tewas 0-1 kepada Manchester United dengan 1-0 dalam perlawanan di Old Trafford, malam Sabtu.

Pasukan di tangga tercorot liga itu tersingkir dalam saingan liga buat kali pertama dalam tempoh 29 tahun sejak 1987.

Aston Villa ketinggal 15 mata dari zon selamat dengan musim berbaki empat perlawanan.

Gol tunggal Man United dihasilkan oleh pemain kelahiran United Kingdom, Marcus Rashford pada minit ke-32.

Ia juga merupakan gol ketujuh buat Rashford dalam 12 perlawanan.

Tampil di kubu sendiri, Man United lebih menguasai permainan berbanding Aston Villa.

Kemenangan ini membuatkan peluang Man United dengan 56 mata untuk menembusi kedudukan empat tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris kembali terbuka.

Man United kini hanya berbeza satu mata dengan Man City dengan 57 mata di tangga keempat.

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain