suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trofi Liga Juara-Juara Untuk Pellegrini - Sagna

PEMAIN pertahanan Manchester City, Bacary Sagna meminta rakan-rakan sepasukannya supaya bekerja lebih keras agar berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini untuk dihadiahkan kepada Manuel Pellegrini.

Khidmat Pellegrini bakal berakhir hujung musim ini dan posisinya akan digantikan dengan pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola.

“Ia akan menjadi saat manis jika menang untuk pengurus, tetapi masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat...mara ke separuh akhir adalah sukar.

“Kami memberi jawapan kepada sesiapa sahaja yang meragui aksi kami untuk mara ke separuh akhir. Seperti yang dilihat sekarang, kami kini layak menjadi salah satu pasukan terbaik di Eropah...Kami mahu berjuang. 

“Segalanya berkenaan dengan gelaran dan trofi. Saya mahu menang. Saya menyertai kelab ini kerana ingin memenangi trofi,” jelas Sagna.

City bakal berdepan dengan juara 10 kali, Real Madrid pada saingan separuh akhir 26 April ini, manakala Bayern Munich bertemu Atletico Madrid.

Artikel Lain