suria

Separuh Akhir Liga Juara-Juara: Man City Berdepan Real Madrid

WAKIL tunggal dari Liga Perdana Inggeris, Manchester City bakal berdepan dengan Real Madrid pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada 26-27 April ini.

Skuad Manuel Pellegrini itu berjaya membawa City mara ke saingan separuh akhir buat kali pertama selepas menundukkan Paris St Germain Rabu lalu.

Sementara itu, pada majlis undian yang berlangsung Jumaat malam, turut menyaksikan dua lagi pasukan beraksi dalam kelompok empat terakhir ini adalah Bayern Munich yang diundi berdepan dengan Atletico Madrid.

Atletico Madrid membuat kejutan dengan menyingkir juara bertahan Barcelona pada aksi suku akhir sebelum ini.

Manakala Bayern Munich mara ke aksi separuh akhir buat kali kelima berturut-turut selepas kalo terakhir menjulang trofi kejuaraan pada tahun 2013.

City dan Atletico Madrid bakal melayan kunjungan lawan masing-masing di laman sendiri pada 26 dan 27 April ini.

Aksi timbal balik pada 3 dan 4 Mei depan.

Selain itu perlawanan akhir Liga Juara-Juara ini akan berlangsung pada 28 Mei di San Siro.

Undian penuh saingan separuh akhir:

Manchester City lwn Real Madrid (Tuesday 26 April; Wednesday 4 Mei)

Atletico Madrid lwn  Bayern Munich (Wednesday 27 April; Tuesday 3 Mei)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain