suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KJ Sahut Cabaran Debat TMJ

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk berdebat bagi mengupas masalah kemerosotan bola sepak negara.

Selain Khairy, pihak lain yang dinamakan TMJ adalah wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) B.Sathianathan.

"Ya, saya bersetuju. Tidak pasti ia untuk kebaikan bola sepak atau tidak.

"Saya terima. Kalau tidak nanti orang cakap tak nak bersemuka," katanya ringkas pada sidang media Malam Anugerah SAM-100Plus pada Rabu malam.

Khairy berkata, beliau menerima cabaran itu dan sedia menyatakan pandangannya berkaitan sukan bola sepak negara. 

"Saya terima cabaran untuk hadir dan cakap apa yang perlu dicakap," jelasnya lagi.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada pagi Rabu, Tunku Ismail memaklumkan beliau sendiri akan turut serta dalam debat itu bersama beberapa individu penting arena bola sepak negara.

Malah TMJ juga menyarankan ia disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro.

"Saya menggesa pihak Astro, untuk mengadakan sesi siaran langsung bagi membahaskan tentang siapa yang bertanggungjawab untuk prestasi buruk pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia serta apa tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan," kata TMJ.

TMJ, Khairy Jamaluddin, FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain