suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlumbaan F1 Kembali Guna Format Kelayakan Lama

FORMULA 1 disahkan kembali menggunakan format kelayakan yang lama selepas dua pusingan musim ini.

Khamis lalu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Jean Todt dan supremo F1, Bernie Ecclestone mengumumkan mereka menerima permintaan sebulat suara daripada pasukan F1 yang mahu menggunakan fomat yang digunakan seperti tahun 2015 dan sebelumnya.

Todt dan Ecclestone mengakui format penyingkiran pusingan kelayakan yang digunakan musim ini masih belum mendapat kelulusan daripada Komisioner F1 dan Majlis Pemotoran Sukan Dunia (WMSC).

Manakala pada Jumaat lalu, 26 pegawai Komisioner F1 telah menandatangani surat penerimaan untuk menolak format kelayakan yang baharu dan kembali menggunakan peraturan yang digunakan seperti sepuluh musim lalu.

Selepas lebih lima minggu, WMSC bersetuju untuk kembali menggunakan sistem lama.

Format lama ini bakal digunakan kembali menjelang perlumbaan Grand Prix China dan seterusnya.

Formula 1, WMSC

Artikel Berikut

Artikel Lain