suria

Carroll Pamer Hatrik, Arsenal Ikat Seri 3-3 Di Upon Park

Carroll menjaringkan hatrik untuk West Ham ketika aksi bertemu Arsenal Sabtu malam.

JARINGAN hatrik Andy Carroll memadamkan hasrat Arsenal untuk meraih mata penuh pada aksi seri 3-3 di West Ham, Sabtu malam.

Carroll menjaringkan gol pada minit ke-44 dan 45' selepas pemain Arsenal Mesut Ozil membuka jaringan awal minit ke-18 manakala Alexis Sanchez menambah gol kedua (m-35) skuad Arsene Wenger itu.

Bersambung pada babak kedua, Carroll mencatat kenangan manis di tempat sendiri, Upon Park ini dengan menjaringkan hatrik pada minit ke-52.

Tersentak dengan jaringan ketiga Hammers itu, pemain-pemain Arsenal cuba mengatur serangan dan akhirnya Laurent Koscielny memastikan pasukannya tidak dimalukan di tempat lawan dengan gol penyamaan minit ke-70.

Kedudukan seri 3-3 itu kekal sehingga ke wisel akhir perlawanan.

Keputusan seri ini meletakkan Arsenal kekal di tangga ketiga liga dengan 59 mata, ketinggalan tiga mata daripada Tottenham Hotspur yang berada di tangga kedua.

Manakala Leicester masih gah di persada liga dengan 69 mata.

West Ham pula berada di tangga keenam, hanya kekurangan satu mata di bawah pasukan Manchester United (53).

Andy Carroll, West Ham, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain