suria

Anthony Martial Dedah Empat Nama Penting Di Man United

ANTHONY Martial memberitahu terdapat empat pemain yang perlu kekal di Manchester United untuk terus membantu kelab berkenaan mencipta kejayaan pada masa depan.

Martial yang menyertai United pada tahun lalu merupakan pemain muda termahal dengan yuran pemindahan sebanyak £36 juta.

Dia juga telah menjaringkan lapan gol untuk United terus bersaing berada di kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Empat pemain yang dimaksudkan Martial ialah Morgan Schneiderlin, Marouane Fellaini, Mamphis Depay dan Adnan Januzaj.

Selain itu Martial mendedahkan, perkara pertama yang dilakukan selepas menandatangani kontrak bersama United ialah menyertai kursus Bahasa Inggeris.

"Pertama yang saya lakukan ialah menyertai kursus Bahasa Inggeris, tetapi kerana jadual padat, saya terpaksa berhenti.

"Tapi sekarang Bahasa Inggeris saya semakin baik, dapat memahami dan bercakap setiap masa.

"Jurulatih tidak begitu kisah tentangnya, tetapi saya perlu hormat pemain Inggeris di situ," jelasnya.


Manchester United, Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chelsea Lamar Kostas Manolas

Artikel Lain