suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Lamar Kostas Manolas

PENGURUS baharu Chelsea, Antonio Conte dilapor telah mengadakan perbincangan dengan ejen Kostas Manolas, lapor media Itali.

Pemain bernilai £30 juta itu telah membuat 60 penampilan bersama Roma sejak menyertai Serie A pada 2014 dan kini pertahanan berkenaan akan berhijrah ke Stamford Bridge.

Calcionews24 melaporkan, Conte dilihat makan tengah hari bersama wakil Manolas di London menjelang jendela pemindahan pemain pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, Leonardo Bonucci dikatakan menjadi sasaran utama Conte untuk ditugaskan sebagai pertahanan tengah dalam kesebelasan Chelsea musim depan.

Pertahanan yang akan ditandatangani oleh Conte bakal menggantikan John Terry yang dijangka meninggalkan Chelsea pada akhir musim ini.

Chelsea, Roma

Artikel Berikut

Artikel Lain