suria

Melaka United Lonjak Ke Tangga Ketiga Liga Perdana

Aksi perlawanan antara Melaka United UiTM FC pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Krubong, Selasa malam. Foto Facebook Melaka United Soccer Association - MUSA

MELAKA: Melaka United kembali meraih kemenangan apabila menewaskan UiTM FC 3-1 pada aksi tunggal Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Krubong, Selasa malam.

Kemenangan ketiga diraih skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu menyaksikan mereka naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga liga dengan kutipan 12 mata selepas beraksi enam perlawanan.

Walaupun berkongsi 12 mata dengan Negeri Sembilan, Melaka United berada di tangga ketiga menerusi perbezaan jaringan.

Pada aksi Selasa malam, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan pemain import pelawat, Eliel da Cruz Guardiano seawal minit pertama perlawanan sebelum berjaya menyamakan kedudukan, selang seminit kemudian menerusi sentuhan penyudah Ilija Spasojevic.

Pemain import dari Sweden, Libinot Harbuzi menggandakan kedudukan untuk Melaka United selepas menjaringkan gol pada masa kecederaan babak pertama perlawanan.

Spasojevic mengesahkan tiga mata penuh untuk pasukan tuan rumah selepas menjaringkan gol peribadi kedua pada minit ke-52. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain