suria

Liga Juara-Juara: Barcelona Bangkit Tewaskan Atletico Madrid 2-1

Luis Suarez berjaya memberikan gol kedua buat Barcelona ketika menentang Atletico Madrid dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Camp Nou, awal pagi Rabu. Foto Reuters

LUIS Suarez menjadi bintang kebangkitan Barcelona FC apabila menewaskan Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Camp Nou, awal pagi Rabu. 

Penyerang kelahiran Uruguay itu memberikan dua gol kemenangan buat Barcelona.

Dua gol Suarez membolosi gawang lawan pada minit ke-63 dan ke-74.

Kedua-dua jaringan itu mengembalikan keupayaan Barcelona untuk memenangi perlawanan selepas tertinggal satu gol daripada Fernandos Tores.

Torres mencatatkan gol tunggal buat Atletico Madrid menerusi aksi separuh masa pertama, pada minit ke-25.

Dengan kemenangan ini, Barcelona memerlukan hasil berimbang pada perlawanan suku akhir kedua di kandang Atletico Madrid pada 13 April ini bagi membolehkannya memasuki pusingan separuh akhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain