suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Lawat Pemain Golf Negara Di HKL

Najib meluangkan masa menziarahi Shaaban di Hospital Kuala Lumpur pada Selasa. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat pemain golf negara Shaaban Hussin yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit kemalangan pada Khamis lepas.

"Bantuan dan sokongan moral menerusi Malaysian Golfers' Association, Majlis Sukan Negara dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan akan diberikan kepada Shaaban dan keluarga beliau untuk melalui detik sukar ini, Insya-Allah," kata Najib menerusi catatan terbaharunya dalam laman facebook beliau pada Selasa.

Shaaban, 36, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31 Mac lepas.

Kemalangan itu menyebabkan juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu cedera di tangan dan kaki kirinya.

Ketika kejadian, Shaaban dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Damansara ke Kelab Golf & Country Glenmarie di Shah Alam bagi menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan Darul Aman PGM di Kedah, minggu ini.

Pencapaian terbaik Shaaban pada musim ini ialah menduduki tempat kelima Kejohanan PGM CCM Rahman Putra di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.-Bernama

Shaaban Hussin, Najin Tun Razak

Artikel Lain