Penjaga Gol Simpanan Melaka United Dipanah Petir - Sukan | mStar

Penjaga Gol Simpanan Melaka United Dipanah Petir

Foto dari Facebook Marco Stefan Petrovski

MELAKA: Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipanah petir ketika menjalani latihan di Krubong di sini, kira-kira pukul 5 petang Selasa.

 Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za'aba Baba berkata pemain berdarah campuran Malaysia-Australia berusia 18 tahun itu, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital tersebut untuk mendapat rawatan. 

"Pesakit akan diberi rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi selepas ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa malam.

Petrovski merupakan pemain remaja kelab Sydney Olympic FC di Australia sebelum memilih bermain untuk Melaka United musim ini. -Bernama

Artikel Sebelum

Liga Super: Kedah Ikat Selangor Seri 2-2

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun