suria

Van Gaal Sasar Man United Tiga Teratas EPL, Juarai Piala FA

Louis van Gaal. Foto Reuters

LOUIS van Gaal sebelum ini menyuarakan mengenai sasaran Manchester United menjuarai Piala FA.

Beliau kini meletakkan sasaran baharu bagi melihat pasukan itu berada pada kedudukan tiga teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Van Gaal berkata, Man United masih mempunyai banyak perkara yang perlu diperjuangkan pada musim ini.

Selain mahu mengakhiri musim kemarau bergelar juara Piala FA selama 12 tahun, Van Gaal juga mahu membawa Man United pada kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris demi meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Setakat ini, Man United meraih 14 kemenangan dan lapan hasil berimbang.

Pasukan di bawah pimpinan Van Gaal itu kini berada pada kedudukan keenam dengan 50 mata.

Bagaimanapun, Man United hanya tertinggal satu mata dengan Man City yang berada di kedudukan keempat, dan lima dengan Arsenal di tempat ketiga.

Dengan baki lapan perlawanan, peluang Man United untuk berada di kedudukan keempat teratas masih terbuka luas.

Bagaimanapun, Van Gaal meletakkan sasaran tinggi untuk melihat Man United di kedudukan tiga teratas Liga Perdana Inggeris akhir musim ini.

"Kita masih mampu berada pada kedudukan tiga teratas. Saya dan para pemain percaya terhadap kemampuan itu. Kita juga boleh menang pada Piala FA kali ini," kata Van Gaal menjelang pertemuan Man United dengan Everton di Old Trafford, Ahad malam.

Louis van Gaal

Artikel Lain