suria

Peluang Luke Shaw Sertai Baki Musim Ini Tipis - Van Gaal

Luke Shaw semasa mengalami kecederaan kaki pada September tahun lalu. Foto AP

KEADAAN Luke Shaw semakin baik selepas mengalami kecederaan kaki yang agak lama dialaminya sejak tahun lalu. 

Bagaimanapun, pengurus Manchester United, Louis van Gaal menyifatkan peluang pemain berusia 20 tahun itu untuk tampil kembali pada baki musim ini agak tipis.

Shaw menyertai latihan untuk pemulihan di pusat latihan Man United di Carrington, United Kingdom sejak Januari lalu. 

Kecederaan Shaw ekoran dijatuhkan oleh pemain PSV Eindhoven, Hector Moreno dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada September tahun lalu.

Walaupun keadaannya semakin pulih tetapi Shaw perlu berehat dalam tempoh yang lama untuk mengembalikan ketahanan fizikalnya.

Keadaan itu membuatkan Van Gaal sukar untuk mengembalikan Shaw pada musim ini.

"Shaw akan kembali ke padang dan memulakan latihannya pada minggu depan. Sebelum ini dia banyak menjalani latihan tetapi kali ini boleh berlatih dengan pasukan.

"Semua ini baik buat dirinya. Tetapi ia juga akan melihat kesukaran buat Shaw untuk bermain pada akhir Piala FA (sekiranya Man United berjaya memasuki peringkat akhir)," ujar Van Gaal.



Luke Shaw, Louis van Gaal

Artikel Lain