suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Milner Bantu Liverpool Mara

Milner meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

JARINGAN penalti yang disempurnakan James Milner membantu Liverpool mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Europa selepas menundukkan Augsburg 1-0 di Anfield, awal pagi Jumaat.

Pemain tengah England itu menjaringkan gol tersebut selepas Liverpool dianugerahkan sepakan penalti susulan bola terkena tangan pemain lawan, Dominik Khor.

Namun, anak buah Jurgen Klopp itu mempunyai beberapa peluang untuk menggandakan jaringan tetapi gagal menemui penyudah berbisa.

Meskipun menurunkan Daniel Sturridge, Philippe Coutinho dan Roberto di posisi serangan, Liverpool seakan-akan buntu untuk membolosi benteng pertahanan Augsburg.

Kelab dari Jerman itu yang kehilangan lapan tonggak utamanya akibat kecederaan turut meletakkan Liverpool dalam keadaan tertekan apabila mempunyai beberapa peluang untuk mencipta gol.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun sekadar menang tipis, Liverpool memperoleh suntikan semangat untuk mengatasi musuh tradisi, Manchester City pada aksi final Piala Liga, Ahad ini.



Liverpool, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain