suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Juara-Juara: Dua Gol Messi Tewaskan Arsenal

Aksi Lionel Messi selepas menjaringkan gol dalam perlawangan pusingan pertama 16 pasukan pada Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London, awal pagi Rabu. Foto EPA

BARCELONA berjaya menewaskan Arsenal dengan 2-0 dalam pusingan pertama 16 pasukan pada Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, awal pagi Rabu.

Kemenangan dua gol itu dicatatkan menerusi aksi Lionel Messi.

Permainan menyaksikan Barcelona mendominasi penguasaan bola 65 peratus.

Tiada sebarang jaringan pada separuh masa pertama antara Barcelona dan Arsenal.

Bagaimanapun, Messi memecah kebuntuan apabila membuat jaringan pada minit ke-71 buat Barcelona.

Messi kemudiannya mencatatkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-83.

Ia merupakan gol ketujuh Messi membolosi gawang Arsenal.

Hingga wisel ditiup menamatkan permainan, skor kekal 2-0 dengan kemenangan Barcelona ke atas Arsenal.

Kemenangan itu hanya memerlukan Barcelona memperoleh skor berimbang tanpa gol pada pusingan kedua 16 pasukan Liga Juara-Juara.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain