suria

Zlatan Ibrahimovic Ke EPL Musim Depan

ZLATAN Ibrahimovic dilapor semakin hampir untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris selama semusim selepas kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat.

Penyerang berusia 34 tahun itu akan bersama sebuah kelab England sebelum menyertai liga Amerika Syarikat pada 2017.

"Saya masih mempunyai tiga bulan di sini (PSG) dan selepas itu sesuatu akan berlaku. Liga Perdana Inggeris adalah sesuatu yang menarik," katanya dengan senyuman.

Ibrahimovic mula menyinar ketika beraksi untuk Inter Milan di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2008-2009.

Selain bergelar penjaring terbanyak, pemain Sweden itu juga berjaya memenangi kejuaraan Serie A.



England, Zlatan Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain