suria

Felda United Kekal Di Persana Liga Super

Pemain import Felda United Francis Forkey Doe (lima, kanan) berjaya menjaringkan gol pada saingan Liga Super di Stadium Negeri Selasa malam.

KUALA LUMPUR: Pasukan kelab, Felda United mengekalkan kedudukan tangga teratas Liga Super selepas mengalahkan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, Selasa malam.


Jaringan kemenangan menerusi sentuhan penyudah Francis Forkey Doe pada minitke-84 menyaksikan skuad 'The Fighters' meraih kemenangan kedua berturut-turut. 

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 dengan Zah Rahan Krangar membukatirai jaringan untuk Felda United pada minit ke-49 sebelum Junior Aparecido menyamakan kedudukan untuk Sarawak menerusi sepakan penalti pada minit ke-76.

Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim pula melonjak empat anak tangga kekedudukan kedua liga selepas mengalahkan Terengganu FC II 2-0 di Stadium SultanIsmail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol skuad Harimau Selatan dijaringkan Azammuddin Akil pada minit ke-27dan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-58.

Naib juara Liga Super, Selangor pula meraih kemenangan sulung selepas menang tipis 1-0 ke atas Perak menerusi sepakan penalti Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ketujuh pada aksi di Stadium Perak, Ipoh.

Dalam pada itu, jaringan tunggal Dramane Traore pada minit ke-64 membantuKelantan meraih kemenangan 1-0 ke atas bekas majikannya, Polis Diraja Malaysia pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Di Stadium Bandaraya, pasukan Pulau Pinang mencatat kemenangan selesa 4-1 keatas Pahang.

Empat gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minitketiga dan minit ke-62, Matias Cordoba (minit kesembilan) dan Osas Marvellous Ikpefua (m87) manakala Pahang meraih gol tunggal menerusi Mohd Rizua Shafiqi Kamarulzaman pada masa kecederaan.

Kedah turut meraih tiga mata penuh selepas mengalahkan Terengganu FA 1-0 hasil jaringan penyerang import dari Brazil, Carlos Eduardo pada minit ke-42 pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Sementara itu, dalam aksi tunggal Liga Perdana Sime Darby FC naik empat anak tangga ke kedudukan keempat selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Tiga gol skuad 'The Giant Killers' dijaringkan Syed Sobri Syed Mohamad pada minit ke-55, Faizal Aziz (m57) dan Mateo Roskam (m85). -Bernama

Felda United, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super

Artikel Lain