suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Munich Sekat Guardiola Bawa Pemain Ke Man City

PEP Guardiola bakal menggantikan Manuel Pellegrini di Manchester City pada Jun ini selepas kedua-dua pihak mengakui mengenai pemindahan yang bakal berlaku itu.

Guardiola bersetuju untuk membimbing kelab Liga Perdana Inggeris pertama dalam kariernya selepas ditawar gaji sebanyak £15 setahun dan dana tanpa had untuk mendapatkan pemain.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, Guardiola yang juga bekas pengendali Barcelona tidak dibenar membawa Thomas Muller dan Robert Lewandowski bersamanya ke City.

Difahamkan, Bayern Munich telah mendapatkan persetujuan daripada Guardiola mengenai larangan itu.

Persefahaman antara Bayern dan jurulatih tersebut terpaksa dibuat selepas Guardiola dikatakan mahu menggandingkan Lewandowski dengan Sergio Aguero di City.

Selain itu antara nama lain yang dikata akan menyertai Man City ialah Mario Gotze, Arturo Vidal, Arjen Robben dan Thiago Alcantara.


Bayern Munich, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain