suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluar Komen Kontroversi, PSG Gantung Aurier

Serge Aurier
PARIS Saint Germain (PSG) menggantung pemain pertahanan Serge Aurier susulan kenyataan yang dikeluarkan dalam satu video dalam media sosial dan akan terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Chelsea pada awal pagi Rabu.

Bintang Ivory Coast itu memuatnaik sebuah video sebagai reaksi balas terhadap soalan penyokong yang memperlihatkannya membuat kenyataan kontroversi mengenai pengurus Laurent Blanc dan beberapa rakan pasukannya termasuk Zlatan Ibrahimovic.

Sejak itu, PSG mengeluarkan kenyataan mengesahkan penggantungan bekas pemain pertahanan Toulouse itu dan tidak akan menyenaraikannya dalam skuad utama menentang anak buah Guus Hiddink pada pusingan pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

PSG menyedari kemunculan sebuah video yang dimuatnaik dalam media sosial yang memaparkan komen kontroversi Aurier sehingga menjadi tumpuan media sejak malam Ahad.

"Video itu mengandungi beberapa komen yang tidak dapat diterima daripada pemain PSG yang mengkritik rakan pasukan dan pengurus Laurent Blanc.
"Hasil perbincangan dengan Nasser Al-Khelaifi, kelab memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin penggantungan perlawanan dengan serta merta. Serge Aurier tidak akan diturunkan menentang Chelsea.

PSG menyatakan sepenuh sokongan terhadap Blanc dan semua pemain yang kurang selesa dengan komen tersebut.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata beliau tidak akan membenarkan sesiapa sahaja termasuk pemain untuk menjejaskan nama baik kelab.

"Saya buat keputusan untuk menggantung Serge Aurier. Saya tidak mahu sesiapa sahaja mengganggu konsentrasi pasukan menjelang pertemuan penting menentang Chelsea," kata Nasser.

Aurier bagaimanapun memohon maaf kepada Blanc dan rakan pasukannya di atas komen yang disifatkannya sebagai satu kesilapan besar.

"Saya terima semua hukuman yang dikenakan terhadap saya berhubung komen ini. Saya melakukan kesilapan besar dan saya mohon maaf kepada semua," katanya.
Serge Aurier, Laurent Blanc

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain