suria

Penyokong Desak Pecat Louis Van Gaal

Louis Van Gaal
PENYOKONG Manchester United mendesak agar pengurus Louis van Gaal dipecat susulan kekalahan 1-2 kepada Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu.

Rata-rata penyokong The Red Devils itu menggunakan media sosial untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Van Gaal yang dilihat terus gagal membawa sebarang perubahan terhadap pasukan itu.

Susulan kekalahan itu, United kini ketinggalan enam mata di belakang Manchester City yang menduduki tangga keempat.

Malah, Van Gaal mengakui peluang untuk United merampas tangga keempat semakin sukar selepas kekalahan di Stadium of Light, Sabtu lalu.

Menurut laporan Goal.com, bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho dijangka menggantikan Van Gaal pada akhir bulan ini.

Menurut sumber dalaman United, Mourinho didakwa sudah memuktamadkan perjanjian dengan kelab gergasi England itu.

Van Gaal masih mempunyai kontrak sehingga hujung musim depan tetapi beliau dijangka akan meninggalkan United lebih awal.
Louis Van Gaal, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain