suria

Barca Belasah Celta 6-1, Suarez Cipta Hatrik

HATRIK yang dicipta oleh Luis Suarez dilihat sudah cukup menjadi balasan pasukan Barcelona terhadap kekalahan mereka kepada Celta Vigo, tahun lalu.

Dimalukan 1-4 di kandang Celta pada pertemuan pertama tahun lalu, kali ini Barca membalasnya dengan skor 6-1 di Stadium Camp Nou, dalam saingan La Liga, awal pagi Isnin.

Trio MSN (Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar) benar-benar menjadi sesuatu yang menakutkan bagi Celta.

Messi membuka jaringan pada minit ke-28, namun pasukan tetamu dilihat tidak mengalah dan akan memberi saingan sengit ketika enam minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti oleh John Guidetti.

Barca bagaimanapun bermain rancak pada babak kedua, dimulai dengan gol Suarez pada minit ke-59. Penyerang itu menambah lagi dua gol pada minit ke-75 dan 81, menjadikan skuad bimbingan  Luis Enrique  berada di kedudukan selesa 4-1.

Ketika ini mental para pemain Celta dilihat bercelaru dan semakin tertekan setelah ketinggalan dengan tiga gol.

Situasi ini membuka peluang untuk Barca menambah dua gol, kali ini menerusi Ivan Rakitic pada minit ke-64, dengan Suarez bertindak sebagai pembantu dan Neymar menyumbat masuk gol keenam pada masa kecederaan.

Sementara itu, Atletico Madrid menundukkan Getafe dengan gol tipis 1-0 melalui gol yang disumbangkan oleh striker Fernando Torres ketika perlawanan baru berlangsung dua minit dengan memanfaatkan bantuan daripada Yannick Ferreira Carrasco.

Tambahan tiga mata membuatkan Atletico bertahan di posisi kedua di bawah Barca. Barca di posisi teratas dengan mata 57, dan Atletico ketinggalan tiga angka di belakangnya.
La Liga, hatrik, Luis Suarez

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain