suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sevilla Jumpa Barcelona Di Final Copa Del Rey

Pengurus Sevilla, Unai Emery (tengah) meraikan kejayaan pasukannya melangkah ke final.

SEVILLA menepati ramalan awal apabila akan bertemu Barcelona pada aksi final Copa del Rey selepas menundukkan Celta Vigo dengan agregat kemenangan 6-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Balaidos, awal pagi Jumaat.

Pada perlawanan pusingan kedua separuh akhir itu, kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.

Gawang Sevilla terlebih dahulu dibolosi apabila pemain Celta, Iago Aspas menyudahkan hantaran lintang Fabian Orellana.

Namun, Sevilla nyaris menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian tetapi tandukan pemain tengah, Vicente Iborra terkena palang.

Aspas menjaringkan gol kedua pasukan tuan rumah sebelum tamat babak pertama dengan merembat masuk hantaran Daniel Wass.

Pemain kebangsaan Argentina, Ever Bange ibarat menyuntik semangat Sevilla apabila menjaringkan gol pertama untuk pasukan lawan.

Sevilla mengikat kedudukan tiga minit sebelum wisel penamat dibunyikan menerusi jaringan pemain sayap Ukraine, Yevhen Konoplyanka yang menyudahkan bola selepas gagal ditampan penjaga gol Ruben Blanco.

Terdahulu, Barcelona menundukkan Valencia dengan agregat kemenangan 8-1 pada perlawanan separuh akhir yang berasingan.



Sevilla, Barcelona, Copa del Rey

Artikel Berikut

Sunderland Pecat Adam Johnson

Artikel Lain