suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Bakal Atasi Guardiola Terima Gaji Tertinggi Di Dunia

Jose Mourinho.

MANCHESTER: Jose Mourinho bakal menjadi pengurus yang menerima bayaran paling mahal di dunia apabila mengambil alih kerusi panas di Old Trafford.

Bekas pengurus Chelsea kelahiran Portugal itu sudah disebut-sebut sebagai pengganti kepada Louis van Gaal yang akan meninggalkan kelab tersebut penghujung musim ini.

Namun perjanjian rasmi antara Mourinho dan United masih belum dimuktamadkan.

Difahamkan Mourinho akan menerima bayaran 15.5 juta pound (RM92.54 juta) setahun, mengatasi pendapatan 15 juta pound (RM89.56 juta) yang bakal diterima Pep Guardiola bersama Manchester City.

Mengikut laporan di Sepanyol, United menawarkan Mourinho kontrak selama tiga tahun.

Namun beberapa pemain Red Devils bimbang kehadiran pengurus yang terkenal dengan gelaran 'The Special One' itu akan mendatangkan kesan buruk kepada pasukan tersebut.

Akhbar Britain, The Sun mendakwa beberapa pemain United bimbang Ryan Giggs akan dipecat daripada kelab itu sekiranya Mourinho mahu membawa barisan kejurulatihan sendiri.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain